Thursday, 23 May 2013

Hakikat Kebahagiaan

"Hidup ini umpama roda" kata mereka.
Adakala bahagia, terkadang derita..
Tapi.. ramai manusia yang tersalah erti akan hakikat 'bahagia'!

Ada yg menyangka duit berjuta penyelesai derita, kereta mewah, rumah gah rahsia bahagia.. namun..
Berapa ramai manusia yg punya segala mewah tapi tak pernah mencicipi nikmat bahagia!
Ramai yg bekerjaya, bergaji beribu berjuta, tapi bahagia tetap saja tak singgah di hatinya..

Tapi, ada manusia hidupnya dilihat merana, dilabel miskin atau papa kedana.. tak punya rumah gah, kereta mewah, mahupun pakaian indah. Terkadangnya makan lauknya setiap hari sama..
Namun.. di lubuk hatinya tertanam bahagia! Subhanallah! Lihatlah bagaimana hebatnya kuasa Allah.
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun..
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat".

Oleh itu, teladani lah Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda, bagaimana mereka menempuh ranjau hidup yg penuh derita, namun hati mereka berhias sakinah, sungguh bahagia! bukanlah ianya kerna banyaknya harta, ataupun kedudukan tinggi yang dipandang manusia.. tapi sesungguhnya mereka tahu bahawa adanya Allah sebaik-baik penolong.

(الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ)
[Ali-'imran: 173]

Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka," maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung."

p/s: Bersangka baiklah kepada Allah, nescaya kita akan kecapi hakikat bahagia.

"Aku adalah seperti sangkaan hambaku..." [Hadis Qudsi]


https://www.facebook.com/pages/Islam-dan-Psikologi/376188309162797 

No comments:

Post a Comment