:: KISAH ORANG YANG MENDAPAT KETENANGAN ::
(...ِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ
إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ...)
[At-taubah: 40]
"...ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada
temannya: "janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama
kita." Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya..."
Kisah ini adalah
ketika Nabi Muhammad S.A.W diburu oleh orang-orang musyrikin mekkah,
dan baginda ditemani oleh sahabat yang paling mulia Abu Bakar as-Siddiq
R.A.
Oleh kerana bimbang musuh akan memburu mereka, kedua sahabat itu pun bersembunyi di dalam gua, tsur namanya..
Di luar gua datanglah sekumpulan manusia berpacukan kuda. Terlihat
bengis wajah mereka. Di setiap pinggang terselit senjata. Tentu sahaja
yang diburu pasti diratah berdarah.
Di dalam gua, Rasulullah
menatapi wajah sahabatnya, seakan ada kebimbangan tertancap dihatinya.
Lalu baginda menuturkan kata penenang kepadanya. Ucapan yang berharga
itu dan kisah yang indah itu Allah abadikan di dalam kitabNya, bagaimana
orang-orang yang mendapat ketenangan walau dalam keadaan sesulit
manapun, jika Allah menghendaki kepadanya ketenangan, nescaya siapapun
tidak akan mampu menghalangnya.
https://www.facebook.com/pages/Islam-dan-Psikologi/376188309162797
Thursday, 23 May 2013
Hakikat Kebahagiaan
"Hidup ini umpama roda" kata mereka.
Adakala bahagia, terkadang derita..
Tapi.. ramai manusia yang tersalah erti akan hakikat 'bahagia'!
Ada yg menyangka duit berjuta penyelesai derita, kereta mewah, rumah gah rahsia bahagia.. namun..
Berapa ramai manusia yg punya segala mewah tapi tak pernah mencicipi nikmat bahagia!
Ramai yg bekerjaya, bergaji beribu berjuta, tapi bahagia tetap saja tak singgah di hatinya..
Tapi, ada manusia hidupnya dilihat merana, dilabel miskin atau papa kedana.. tak punya rumah gah, kereta mewah, mahupun pakaian indah. Terkadangnya makan lauknya setiap hari sama..
Namun.. di lubuk hatinya tertanam bahagia! Subhanallah! Lihatlah bagaimana hebatnya kuasa Allah.
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun..
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat".
Oleh itu, teladani lah Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda, bagaimana mereka menempuh ranjau hidup yg penuh derita, namun hati mereka berhias sakinah, sungguh bahagia! bukanlah ianya kerna banyaknya harta, ataupun kedudukan tinggi yang dipandang manusia.. tapi sesungguhnya mereka tahu bahawa adanya Allah sebaik-baik penolong.
(الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ)
[Ali-'imran: 173]
Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka," maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung."
p/s: Bersangka baiklah kepada Allah, nescaya kita akan kecapi hakikat bahagia.
"Aku adalah seperti sangkaan hambaku..." [Hadis Qudsi]

Psikologi menurut perspektif Islam
:: Dalam Islam ilmu psikologi disebut sebagai ilm al-nafs: iaitu ilmu untuk memahami jiwa manusia ::
Manusia menurut Karl Marx dipandu oleh perutnya (ekonomi) dan menurut Sigmund Freud oleh libido seksnya iaitu kemaluannya. Namun dari dimensi agama islam, manusia dipandu oleh tiga perkara: harta, naluri seks, dan keimanan. Ertinya; manusia boleh jadi mengikut dorongan perutnya, atau dorongan seksualnya, tapi manusia akan binasa jika menjadi hamba kepada keduanya. Oleh itu Islam menjadikan IMAN untuk mengawal jiwa manusia, kerana hakikatnya semua perilaku manusia dipandu oleh jiwa atau nafs-nya.
https://www.facebook.com/pages/Islam-dan-Psikologi/376188309162797
Manusia menurut Karl Marx dipandu oleh perutnya (ekonomi) dan menurut Sigmund Freud oleh libido seksnya iaitu kemaluannya. Namun dari dimensi agama islam, manusia dipandu oleh tiga perkara: harta, naluri seks, dan keimanan. Ertinya; manusia boleh jadi mengikut dorongan perutnya, atau dorongan seksualnya, tapi manusia akan binasa jika menjadi hamba kepada keduanya. Oleh itu Islam menjadikan IMAN untuk mengawal jiwa manusia, kerana hakikatnya semua perilaku manusia dipandu oleh jiwa atau nafs-nya.
https://www.facebook.com/pages/Islam-dan-Psikologi/376188309162797
Subscribe to:
Posts (Atom)